Mengisahkan tentang Maya yang hilang daya ingatan akibat kemalangan jalanraya. Dia telah melanggar seorang gadis bernama Laila lalu menyebabkan Laila mati dalam kejadian tersebut. Akibat dari kemalangan yang dialami, Maya hilang separuh dari ingatan dan cuba sedaya upaya untuk mengingati kembali kisah silamnya setelah sembuh dari koma. Razif, suami kepada Maya cuba untuk tidak mahu membiarkan cerita lama membelenggu hidup isteri kesayangannya dan tidak mahu membiarkan Maya rasa bersalah melanggar Laila. Razif akhirnya membawa Maya ke villa miliknya untuk menenangkan diri buat sementara. Sewaktu Maya mendiami villa tersebut, Maya mula rasa sesuatu berlau terhadap dirinya, dia dibayangi seorang perempuan berpakaian pengantin dengan dress putih yang agak kotor, veil dan berkaki ayam sering datang di mana shaja Maya pergi. Hampir setiap hari dia diganggu bayangan tersebut sehinggakan dia rasa yang razif tahu tentang semua ini dan yakin yang Razif ada merahsiakan sesuatu daripada Maya. Apakah rahsia misteri yang disembunyikan oleh Razif...?
LPF: P13
DVD format, NTSC, Dolby Digital (5.1 AC3).
RM 23.21
Horror films. Love in motion pictures. Ghost in motion pictures. Amnesia--Memory disorders--Drama.