Memaparkan mengenai kegigihan seorang warga emas, Sapiah Hitam bersama anak menantunya bekerja bergelumang dengan kekotoran dan persekitaran berdebu di kilang membuat arang. Dalam usia 65 tahun, Sapiah masih gagah mengangkat kayu arang dan menjalankan kerja-kerja berat berbanding dengan wanita seusia dengannya. Kerjaya itulah yang memberikannya rezeki kepada beliau dan keluarganya.